Syarat & Peraturan Pondok
1) Menuntut ilmu dengan niat menjunjung perintah Allah SWT.
2) Pelajar yang baru wajib menghafal pelajaran-pelajaran kepada Tuan Guru diatas Madrasah.
3) Semua yang tinggal di Pondok (kelamin atau tidak) ini hendaklah menghadiri solat fardhu 5 waktu berjemaah di Madrasah dan mengikuti penggajian mengikut masa yang ditetapkan serta tidak meninggalkan tempat solat sebelum selesai wirid dan doa. Pada malam Jumaat membaca Yasin.
4) Belajar atau mengajar di luar kawasan Pondok mesti mendapat kebenaran Tuan Guru.
5) Hendaklah berada di Pondok masing-masing pada pukul 10.30malam kecuali malam cuti tetapi tidak lewat 12.00 tengah malam.
6) Semua pelajar mesti menutup aurat terutama pelajar perempuan dengan menudung kepala untuk keluar kawasan Pondok ke tempat mandi atau kedai.
7) Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai seluar panjang jeans dan baju batik semasa belajar atau solat.
8) Tidak dibenarkan berambut panjang melebihi 1 inci, memakai perhiasan yang haram seperti cincin emas dan suasa lelaki, menyimpan bahan-bahan hiburan, kamera, radio serta alatan permainan catur, dam dan lain-lain.
9) Tidak dibenarkan bermain jenis-jenis permainan yang merugikan dan mensia-sia masa seperti bola sepak, badminton dan apa sahaja jenis sukan dan kebudayaan yang bertentangan dengan Islam seperti silat dan tarian yang khurafat dan bid’ah.
10) Menghadiri majlis-majlis, ceramah, syarahan, jemputan kenduri, menolong kerja orang kampung dengan keizinan Tuan Guru.
11) Tidak dibenarkan berjalan-jalan, merayau-rayau di kampung tanpa urusan ataupun berbualbual di kedai.
12) Pelajar lelaki tidak dibenarkan memasuki dalam kawasan pondok perempuan kecuali dengan kebenaran Tuan Guru untuk hal tertentu atau penting sahaja.
13) Dibenarkan balik kampung hari Khamis dengan keizinan Tuan Guru dan perlu mendapatkan izin sekiranya hendak berhenti pelajar.
14) Perlu memakai kopiah putih lelaki dan bertudung perempuan jika keluar daripada kawasan Pondok.
15) Masalah pergaduhan, kecurian dan pertengkaran berbahaya janganlah dibiarkan.
16) Kebersihan kawasan Pondok atau bangunan Madrasah sama-sama dijaga dan dibersihkan.
17) Tidak dibenarkan budak-budak naik ke pondok tanpa urusan penting.
18) Jam 630 petang tidak dibenarkan berbual-bual dan bermain-main, hendaklah bersiap sedia untuk ke Madrasah, solat berjemaah dan mengikuti belajar.
​